11 Oktober 2010 - 20:30

Imam jemaah di pulau Kish selatan Iran hari Isnin kelmarin memuji fatwa Khamenei yang mengharamkan penghinaan tokoh yang dihormati Ahlusunnah sebagai langkah meluruskan perpaduan umat Islam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA) - Syaikh Ya'qoub Sham berkata, Ayatullah Sayed Ali Khamenei telah mengaburkan fitnah, menghancurkan perancangan yang ingin menyemai perpecahan Syiah dan Sunni.

Syaikh Sham berkata bahawa fatwa tersebut juga turut menunjukkan betapa tajammnya pemikiran beliau sambil menyatakan, "Fatwa ini adalah muara perpaduan yang lambat laun akan mendekatkan kedua mazhab Sunni dan Syiah".

Beliau berkata, "Barangsiapa yang tidak beramal dengan fatwa berani Waliyul Faqih adalah bukan daripada golongan Sunni atau Syiah, tetapi itu kerja penjajah".

Sham menyatakan, "Sebilangan saluran televisyen dan sebaran am luar negara kebanyakannya mendapat hasil dari dana kotor Zionis dengan mewujudkan perselisihan antara Sunni dan Syiah, maka umat Islam hendaklah berhati-hati.

Imam Jemaah Ahlusunnah kepulauan Kish menegaskan, "Kebijaksanaan pemimpin kaum muslimin dunia ini menunjukkan umat Islam Iran Syiah atau Sunni, tahun demi tahun merasakan ketenteraman dengan penghormatan yang diberikan dan mereka hidup dengan damai".

Beliau mengingatkan, "Setiap kali negara ini dan revolusi Islam diancam oleh musuh, Sunni dan Syiah sama-sama turun ke medan lantas mematahkan azam musuh".